19Ogos2018

Alamak u-turn lagi... Mahathir kata HSR tangguh bukan batal

Apa sudah jadi... dengan media Malaysia bukan main garang dakwa projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) tidak bawa manfaat dan kerajaan tak dapat hasil dari pelaburan besar itu.

Tapi depan media Jepun, negara yang melobi untuk dapat tander projek itu, Mahathir sudah ubah nada.

"Akan ada keperluan untuk kereta api berkelajuan tinggi di masa depan, mungkin melalui Semenanjung. Tetapi kita tidak mampu buat masa ini," katanya.

"Jadi, kita sebenarnya menangguhkan pelaksanaan projek itu."

Komen Dr Mahathir itu adalah yang pertama selepas pendirian agak keras pentadbirannya sebelum ini untuk membatalkan sepenuhnya projek itu, satu tindakan yang boleh menyebabkan sejumlah penalti besar sekiranya ia dibatalkan.

Dalam wawancara dengan Nikkei Asian Review Jepun, Dr Mahathir mengakui walaupun kereta api berkelajuan tinggi berguna pada masa akan datang, kos untuk projek HSR - yang diletakkan pada RM110 bilion - terlalu tinggi pada masa kerajaan cuba mengurangkan hutang negara sebanyak RM1 trilion.

Beliau juga berkata persetujuan dengan Singapura tidak memberi manfaat kepada Malaysia, kerana panjang trek - yang akan menghubungkan Singapura ke Johor dan Kuala Lumpur - terlalu pendek untuk mewajarkan pelaburan dalam projek itu.

"Kereta api berkelajuan tinggi paling efektif sekiranya jaraknya jauh. Tetapi bagi jarak yang pendek, ia tidak memberi pulangan yang banyak," kata Dr Mahathir.

"Jadi kita perlu memikirkan semula kereta api berkelajuan tinggi. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak akan mempunyai kereta api berkelajuan tinggi di Malaysia. Apa yang boleh kita lakukan ialah menangguhkan projek itu kerana ia terlalu mahal buat masa ini."

Kementerian Pengangkutan Singapura mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan belum menerima pemberitahuan rasmi dari Putrajaya, berikutan pengumuman Dr Mahathir mengenai rancangan untuk membatalkan projek HSR bulan lepas.-12/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 495  tetamu dalam talian