20Mei2018

Ahli PPBM dipecat kerana persoal kekayaan anak Mahathir

Beberapa ahli sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meluahkan rasa tidak puas hati mereka ekoran dipecat daripada jawatan Exco Pemuda kerana mempersoalkan beberapa isu dalaman parti termasuk kekayaan anak-anak Pengerusinya, Tun Mahathir Mohamad.

Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat PPBM, Mohamad Taufik Abas mendakwa, ada dalam kalangan mereka yang dipecat kerana hanya mempersoal isu-isu dalaman parti termasuklah amalan kronisme, dasar-dasar pentadbiran bekas Perdana Menteri itu, hala tuju Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dakwaan skandal Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan isteri orang.

Lebih menyakitkan hati, katanya, terdapat pengumuman pemecatan exco hanya dilakukan menerusi status di akaun Twitter oleh Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Isu bermula apabila beberapa ahli pemuda mempersoalkan tentang kekayaan anak-anak Mahathir kerana kami tidak mahu kredibiliti PPBM rosak disebabkan perkara itu.

“Sebaliknya tanpa memberi jawapan, kami mula dipecat dan usaha memecat exco-exco tanpa alasan kukuh diteruskan lagi apabila kami cuba mempertahankan hak masing-masing dan pendirian rakan-rakan kami,” katanya dipetik akhbar Utusan.

Yang turut hadir, beberapa lagi bekas Exco Armada Pusat antaranya Muhammad Hafiz Azhar, Muhd. Syazwan Ahmad Zainal, Abd. Wahazir Abd. Wahabi dan bekas Penyelaras Armada Pahang, Raja Mohd. Azlan Raja Omar.

Mohamad Taufik berkata, sehingga kini tiada hitam putih diberikan kepada beliau dan beberapa rakannya berhubung pemecatan tersebut

Katanya, terdapat beberapa lagi pemuda parti yang cuba mempertahankan exco-exco yang dipecat sehingga menyebabkan mereka turut disisihkan.

“Kami ahli akar umbi PPBM yang menggerakkan parti dan dipergunakan oleh beberapa pemimpin parti untuk kepentingan mereka. Oleh itu, wajar kami mempersoalkan isu-isu yang mengganggu perjuangan kami,” katanya.-8/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 694  tetamu dalam talian