19Ogos2018

Ada yang mahu Hisham - KJ bertanding jawatan tertinggi UMNO...

Menjelang Pemilihan Agung UMNO yang diadakan serentak pada 30 Jun ini, sudah mula cakap-cakap untuk 'pair' calon-calon yang difikirkan layak.

Gandingan pertama yang dicadangkan adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai presiden dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan.

Cadangan itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang yang menegaskan itu adalah pendapat peribadi beliau dan beberapa ketua bahagian di negeri ini.

“Kami telah pun ada kata sepakat walaupun ini pendapat peribadi kami.

“Kami minta sangat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertimbangkan supaya bertanding bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang,” katanya.

Maulizan ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang dipengerusikan oleh ketuanya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Maulizan yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram berkata gandingan pemimpin baharu seperti Hishammuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diyakini akan mengembalikan sokongan golongan muda kepada parti berkenaan.

“Hari ini kita harus terima hakikat bahawa kepimpinan parti tidak boleh dilihat hanya dalam bentuk sokongan dalaman parti tetapi kita perlu ambil kira sokongan masyarakat secara keseluruhan.

“….terutamanya golongan orang muda yang mengharapkan UMNO pulih semula dan ramai di peringkat akar umbi mengharapkan UMNO pulih semula dengan kepimpinan yang baharu.”-22/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 551  tetamu dalam talian