29Ogos2014

Shahrul mahu digelar Yang Berkhidmat

shahrul-300
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Rungkup N53 (DUN) Datuk Shahrul Zaman Yahya mahu rakyat menggelarkan dirinya "Yang Berkhidmat" sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke 13 pada Mei ini.

"Sekiranya saya menang saya mohon untuk rakyat Rungkup tidak memanggil saya Yang Berhormat tapi panggillah saya Yang Berkhidmat sebagai trademark saya kerana bila dipilih sebagai wakil rakyat kita harus kembali kepada rakyat untuk memberi perkhidmatan terbaik kerana itulah harapan mereka," kata Shahrul ketika ditemui dirumah calon Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi awal pagi sabtu.

Menurut Shahrul panggilan yang berkhidmat itu adalah untuk sentiasa memberi ingatan kepadanya agar terus memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat Rungkup.

Kata Shahrul "pencalonan ini bukanlah satu keistimewaan tetapi merupakan satu pertanggungjawaban yang perlu saya pikul dengan penuh dedikasi, komitmen dan istiqamah untuk memastikan kerusi DUN Rungkup ini akan terus dipertahankan."

Shahrul memberitahu semasa berada dalam parlimen Teluk Intan DUN Rungkup dulu dikenali sebagai DUN Bagan Datoh, setelah berlaku persempadanan kawasan pilihanraya ianya dikenali DUN Rungkup dalam Parlimen Bagan Datoh.

"Sejarahnya kerusi kawasan ini tidak pernah kalah, bukanlah riak ataupun takbur tetapi ini merupakan kubu kuat BN dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir," kata Shahrul penuh azam.

Mengulas tentang masalah rakyat di DUN Rungkup, Shahrul berkata, "ada beberapa kategori permasalahan, ada yang boleh diselesaikan dengan secepat mungkin dan ada yang berjangka panjang, saya sedang mengkompilasikan permasalahan rakyat untuk diselesaikan secara tersusun.

"Kita memerlukan satu sistem yang tersusun dengan menggunakan teknologi terkini, sekiranya diberi mandat insyaallah kita akan mempunyai satu sistem yang sebaik mungkin untuk bertindak cepat dan tersusun mengatasi masalah rakyat bersama agensi kerajaan yang lain," tambah beliau.

Shahrul yang pertama kali dicalonkan mewakili BN bagi DUN Rungkup yang mempunyai pengundi seramai 15,287 orang akan berdepan dengan calon PAS Mohd Misbahul Munir Masduki.-OLEH LUKMAN ABDULLAH-29/4/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 786  tetamu dan tiada rakan dalam talian