28Ogos2014

Ramzi nak pastikan satu parlimen dan empat DUN di Kuala Krai BN menang

ramzi-4xx
Calon N42 Dabong yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman bertekad untuk  pusing keliling Kuala Krai bagi memastikan kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen ditanding Barisan Nasional menang pada Pilihan Raya Umum ke 13,  5 Mei ini.

Beliau beranggapan barisan calon DUN dan Parlimen merupakan gandingan yang mantap kerana ianya terdiri dari kalangan baru dan lama yang pernah dibariskan oleh pucuk pimpinan parti.

Ramzi berkata demikian ketika ditemui Agendadaily selepas menghantar borang pencalonan bagi bertanding kerusi DUN N42 Dabong. Beliau menghantar borang pencalonan pada pukul 9.14 pagi di Pejabat Tanah dan Galian Kuala Krai diiringi oleh lebih 5,000 orang penyokong.

Dalam pilihan raya ini Ramzi akan ditentang oleh calon PAS Ku Mohmad Zaki Ku Hussein yang telah menghantar boring pencalonan pada jam 9.21 pagi.

Ramzi seterus melahirkan rasa syukur dan terima kasih pada para penyokong yang sejak awal pagi berkumpul dan mengiringi calon-calon BN.

Mengulas sikap ‘cah keting’, Ramzi berkata, “sekali ini saya mengharapkan semua pihak menolak perbuatan ‘cah keting’ kerana zaman itu sudah berlalu.”

“Kita sudah lebih 23 tahun hidup terseksa di bawah pemerintahan PAS maka sikap tidak menyokong sesama kita tidak perlu ada lagi, kita ,esti menang besar kali ini,” tambah beliau bersemangat sambil diberi sorakan dari penyokong yang mengiringinya.

Ramzi berkata, “harapan kita untuk memenangi semua empat kerusi DUN bagi menyumbang kearah kemenangan BN untuk kembali menerajui Kelantan dan satu kerusi Parlimen untuk mencapai kedudukan dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat seterusnya memperkukuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.”

Menurut Ramzi, BN mesti menang serta menerajui Kelantan bagi membela nasib rakyat yang tersisih sejak 23 tahun lalu.

“Kita mahu selesaikan masalah tanah rakyat yang telah mengusahakannya sejak berpuluh tahun tetapi tidak diberi hak mereka.” ujar Ramzi.-21/4/2013- OLEH LUKMAN ABDULLAH

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 549  tetamu dan tiada rakan dalam talian