17Januari2018

Hacker China godam komputer pegawai kerajaan Malaysia

Ini sudah lebih.... dalam satu laporan yang disiarkan pada Rabu mendedahkan kegiatan menceroboh atau mengodam atau hack beberapa buah komputer milik pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang terlibat dalam siasatan kehilangan MH370.

Maklumat yang dicuri itu dihantar ke China sebelum transmisi itu disekat manakala komputer terlibat dimatikan serta-merta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pakar keselamatan siber Malaysia mendedahkan, satu perisian (malware) canggih digunakan dan menyamar sebagai artikel berita melaporkan tentang kehilangan pesawat MH370 itu telah dijumpai, email dihantar kepada pegawai-pegawai pada 9 Mac, sehari selepas pesawat malang tersebut hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Turut dilampirkan dalam email tersebut seperti dokumen dengan format PDF dan perisian yang akan mengeluarkan virus apabila pengguna menekan butang klik padanya.

The Star dalam lapornya mendedahkan pegawai-pegawai di Jabatan Penerbangan Awam, Majlis Keselamatan Negara dan Malaysia Airlines adalah antara yang menjadi sasaran.

"Kami menerima laporan daripada pentadbir agensi memberitahu rangkaian mereka sesak dengan e-mail pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif SKMM, Dr Amirudin Abdul Wahab.

"Sebahagian email yang ada dalam komputer pegawai-pegawai ini adalah data sulit termasuk minit mesyuarat dan dokumen penting. Sebahagian daripadanya berkaitan dengan siasatan MH370.

"Kira-kira 30 komputer diserang malware," kata SKMM.

Perisian telah dihantar ke satu IP (Internet Protocol) di China dan memberitahu kepada pembekal perkhidmatan internet di rantau itu supaya menyekatnya.

"Ia adalah satu perisian yang sempurna dan program antivirus tidak dapat mengesannya. Ia adalah sesuatu yang amat canggih," jelas Amirudin.

Pihaknya dan polis kini bekerjasama dengan Interpol mengenai kejadian itu. Malaysia mengesyaki penggodam ini cuba mencuri maklumat siasatan MH370.

"Pada masa ini, terdapat beberapa pihak menuduh Malaysia tidak telus dalam memberi maklumat penting.

"Tetapi segala-galanya mengenai penyiasatan itu telah didedahkan," jelas Amirudin.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan hilang pada 8 Mac kira-kira 45 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penerbangan itu kemudian dilaporkan berakhir di Lautan Hindi manakala usaha mengesannya masih diteruskan sehingga hari ini.-20/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 643  tetamu dalam talian