13Disember2018

Anwar hilang sokongan majoriti Melayu di Selangor

Pendirian 13 ADUN PAS di Selangor yang tidak akan menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Wan Azizah membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah kehilangan sokongan majoriti Melayu di negeri itu.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, Anwar hilang sokongan majoriti Melayu di Selangor.

“Ini apabila Wan Azizah gagal mendapat mandat dari ADUN PAS,” katanya dalam laman web Isma.

Baru-baru ini PAS mengesahkan baki 13 ADUN mereka tidak akan menandatangani surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Hanya dua Adun PAS sahaja yang menandatangani SD ?menyokong Dr Wan Azizah, iaitu Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin.  

Semalam, PAS menyatakan akan tetap dengan keputusan parti itu untuk menghantar lebih daripada satu nama untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Selangor walaupun diminta tidak berbuat demikian oleh Datuk Seri Anwar.

Tambah Abdullah, dalam krisis ini, Wan Azizah sememangnya tidak layak untuk menjadi Menteri Besar.

Ianya jelas dibuktikan apabila apabila beliau hanya mendapat sokongan bukan Melayu dan tidak mendapat mandat majoriti penduduk Melayu di Selangor.

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN. 15 dimenangi oleh PAS, 15 DAP, 13 PKR, 12 BN dan satu bebas iaitu kerusi DUN Pelabuhan Klang yang diwakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam PRU13 lalu, semua 12 kerusi BN dimenangi oleh UMNO di kawasan-kawasan majoriti orang Melayu.-29/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 347  tetamu dalam talian