23November2017

Zahid akan ke Cox's Bazar ,Bangladesh untuk lihat situasi pelarian Rohingya

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan Cox's Bazar bagi menilai situasi pelarian Rohingya pada lawatan kerjanya ke Bangladesh bermula Ahad ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra Jumaat, lawatan dua hari itu merupakan lawatan pertama Ahmad Zahid ke negara berkenaan sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2015.

Selain menghadiri mesyuarat dua hala, Ahmad Zahid juga akan melawat Cox's Bazar yang dilaporkan dibanjiri pelarian Rohingya sekali gus mencerminkan kebimbangan dan keseriusan Malaysia berhubung isu pelarian Rohingya secara amnya, kata Wisma Putra.

Pada lawatan itu, Ahmad Zahid dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina selain bertemu dengan menteri-menteri berkaitan bagi menilai perkembangan hubungan dua hala sedia ada serta meneroka bidang kerjasama baharu yang saling memanfaatkan kedua-dua negara.

"Malaysia optimis lawatan ini akan terus memperkukuh hubungan persahabatan yang terjalin antara Malaysia dan Bangladesh bukan sahaja dalam bidang kerjasama dua hala tetapi juga isu serantau dan antarabangsa," kata Wisma Putra.-13/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 652  tetamu dalam talian