20September2018

Wanita MCA hairan isteri Anwar sokong Mahathir jadi PM

Tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail menyokong Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas PRU ke-14 “sebagai satu tindakan diluar jangkaan.”

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Sai Kiet berkata tindakan  Wan Azizah itu bukan sahaja mengejutkan malah bercanggah  dengan segala prinsip perjuangan mereka sendiri.

Katanya, apa yang mengejutkan ialah  Wan Azizah sanggup menerima perlantikan Mahathir sedangkan “orang inilah yang telah menghukum dan memasukkan suaminya ( DS Anwar Ibrahim) ke dalam penjara.

``Bagi saya ini ia merupakan sesuatu diluar jangkaan dan mengejutkan semua pihak.

``Ini bukan satu cara kalau nak berpolitik, kita seharusnya beretika, jangan kerana inginkan kuasa dan kedudukan kita sanggup korbankan, ketepikan prinsip politik.  

``Saya percaya keputusan ini adalah satu keputusan Pakatan Harapan berasaskan agenda parti politik masing-masing iaitu agenda persendirian mereka lebih daripada hasrat rakyat.

``Bila saya melihat surat khabar bagaimana Dr Wan Azizah menangis memeluk Dr Siti Hasmah Ali, sebagai seorang wanita, saya rasa terkilan kerana kita nampak, sebagai seorang isteri saya boleh fahami  perasaan di mana hari ini PKR terpaksa melupakan perinsip kerana perjuangan mereka mengorbankan pemimpin (Anwar) defacto  mereka yang sedang meringkok dalam penjara,”katanya.

Beliau menambah lagi:``Sebagai seorang isteri, Wan Azizah menerima Tun Mahathir orang yang telahpun memasukkan…menghukum suaminya masuk dalam penjara. . . ini bagi saya sesuatu diluar jangkaan dan mengejutkan semua pihak.’’

Heng Sai Kie berkata demikian kepada pemberita di program lawatan ke Kampung  Orang Asli Pos Raya, dekat Simpang Pulai, Ipoh pada Rabu.

Menjawab soalan media  mengenai gabungan kerjasama MCA dengan Gerakan, beliau berkata, ia merupakan satu titik permulaan yang akan membawa kepada kebaikkan bagi kedua belah pihak.

``Saya menganggap gabungan ini merupakan satu titik permulaan yang akan membawa kebaikkan bagi kedua pihak dimana kita sedia maklum walaupun Gerakan parti yang memperjuangkan kepentingan  semua kaum tapi lebih 90 peratus ahlinya dan sasaran pengundinya adalah pengundi Cina.

``Jadi gabungan itu akan bawa kebaikkan dan memantapkan pasukan kita dalam menghadapi PRU ke-14 nanti,’’ katanya.

Malah kata  Heng Sai Kie lagi, dalam konteks Parlimen Gopeng gerak kerjasama itu telahpun ditunjukkan  melalui program lawatan ke kampung Orang Asli Pos Raya hari ini dengan kehadiran bersama beberapa pemimpin Gerakan selain UMNO dan MIC dalam menjayakan program itu.

Pada program itu, Datuk Heng turun kelapangan bersama penduduk Kampung Pos Raya menjayakan beberapa program seperti pertandingan menyumpit selain melawat ke rumah warga emas yang terlantar sakit dengan menyampaikan kerusi roda serta kotak makanan sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU).

Lawatan beliau juga membawa khabar gembira kepada penduduk kampung apabila beliau menyatakan komitmennya untuk menyelesaikan masalah pengangkutan berupa perkhidmatan  bas sekolah bagi membawa lebih 200 murid ke SK Pos Raya.

Beliau juga bersedia membantu mendapatkan sebuah lagi perkhidmatan bas sekolah dalam masa terdekat ini berbanding sebuah bas sekolah sebelum ini sehingga menimbulkan permasalahan kepada murid.

Beliau berjanji  membina tapak perhimpunan murid yang lengkap dengan bumbung bagi aktiviti kokurikulum selain menyediakan empat mesin penapis air dari bekalan air bukit untuk murid dan guru sekolah berkenaan.-11/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 319  tetamu dalam talian