19Januari2018

UUM serah pada polis isu kereta YDP MPP disimbah cat

 
Universiti Utara Malaysia (UUM) menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat kejadian kereta Perodua Myvi milik Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu disimbah dan diconteng cat pada Isnin.
 
Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu dan yakin pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
 
"Mungkin ada pihak yang dengan sengaja cuba mewujudkan keadaan seperti itu, kita akan membantu pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan biar polis ambil tindakan dan dakwa mereka yang bersalah," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Awal pagi Isnin, kereta milik Muhammad Luqman Ismail, 22, yang diletakkan di Inapan Siswa di UUM itu disimbah dengan cat merah selain diconteng dengan perkataan sepert 'Macai HEP' (Hal Ehwal Pelajar).
 
Muhammad Luqman yang merupakan penuntut tahun tiga Sarjana Muda Pengurusan Awam itu berkata, berkata beliau menyedari kejadian tersebut pada 9.30 pagi tadi sewaktu hendak menghadiri kelas sebelum bertindak menghubungi naib canselor bagi memaklumkan kejadian.
 
Beliau kemudian membuat laporan polis pada 1 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu bersama beberapa pimpinan tertinggi universiti.
 
Muhammaq Luqman dipilih menjadi YDP MPP pada September lalu.
 
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.- 18/12/2017
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1003  tetamu dalam talian