16Oktober2018

UEC: Jangan benar NGO perkenal sijil peperiksaan sendiri

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tetap menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang mampu memberi implikasi buruk termasuk mengkucar-kacirkan sistem pendidikan sehingga hilang hala tuju dan masa depan.

Presiden GPMS, Zambri Mohd. Isa berkata, penolakan UEC bukan hanya disebabkan diurus tadbir oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dong Zong , sebaliknya atas beberapa faktor yang perlu dipandang serius oleh kerajaan.

“Sekiranya UEC diterima dan diiktiraf oleh kerajaan, sudah pasti selepas ini mana-mana NGO boleh memperkenalkan sijil peperiksaannya sendiri dan kemudiannya kerajaan terpaksa menerima dan mengiktiraf sijil mereka untuk kemasukan ke universiti awam (UA) dan juga sektor awam.

“ Selain itu, GPMS juga melihat mereka yang menduduki peperiksaan UEC majoriti rata-ratanya adalah terdiri daripada rakyat Malaysia. Maka sewajarnya sebagai seorang warganegara, mereka perlu dan mesti menguasai bahasa Malaysia serta memiliki pemahaman yang tinggi tentang sejarah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.-13/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 413  tetamu dalam talian