26Julai2017

Tokoh politik yang juga bekas Speaker DUN Johor meninggal dunia

Al Fatihah... tokoh politik Johor yang juga bekas Speaker DUN negeri itu, Datuk Mohd Ali Hassan, 79, meninggal dunia di kediamannya di Taman Nong Chik, Johor Bharu kira-kira jam 3 pagi Jumaat.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh di Johor Bharu, kira-kira jam 10 pagi.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hadir menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham pada jam 8 pagi.

Mohamed Khaled dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah kerajaan negeri kepada keluarga Allahyarham.

Katanya, pemergian bekas Ahli Parlimen Tebrau dan Exco kerajaan negeri itu adalah kehilangan besar kepada Johor kerana Allahyarham adalah tokoh politik yang berwibawa dan banyak berjasa kepada negeri.

"Allahyarham banyak menyumbang bakti dan pemikiran khusus dalam pembangunan Islam di Johor sehingga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor 1435 Hijrah. "Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang dikasihi-Nya," katanya.

Allahyarham pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Agama Islam Johor dari 1989 hingga 1991 selain Speaker DUN Johor dari 2004 hingga 2013. Mohd Ali juga pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Tebrau dari 1983 hingga 2004.-14/7/2017



loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 698  tetamu dalam talian