16Oktober2018

Tok Pa mengaku disiasat polis sebelum keluar parti...

Datuk Seri Mustapa Mohamed akhirnya mengakui disiasat polis bersama beberapa pemimpin UMNO Kelantan berkaitan dana parti.

Bekas pemimpin UMNO yang mengisytihar diri keluar parti kelmarin berkata siasatan dibuat berhubung dana yang disyaki ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya hadir membantu siasatan tersebut atas kapasiti sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“PDRM telah menjalankan tugas mereka secara profesional dan cukup tertib.

“Saya menghormati keluhuran undang-undang. Walaupun tidak lagi bersama UMNO, saya akan terus memberi kerjasama sepenuhnya dalam hal ini sekiranya diperlukan,” katanya namun tidak menyatakan butiran tarikh dan masa keterangan polis dibuat.

Ketua penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa petang tadi mendakwa Mustapa dan dua pemimpin UMNO Kelantan disoal siasat polis selama beberapa hari.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pihaknya telah memanggil Mustapa bagi memberi keterangan berhubung dana yang diterimanya untuk parti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki menegaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

Pada Selasa lepas, Mustapa yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengumumkan keluar daripada parti yang disertainya lebih 40 tahun lepas berikutan pendekatan UMNO yang tidak lagi selari dengan prinsip politik diperjuangkannya selama ini.-21/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 427  tetamu dalam talian