16Oktober2018

Tiada pemimpin UMNO sertai PH - Wan Azizah

Menjawab kebimbangan ahli-ahli Parlimen UMNO yang lompat parti akan menyertai Pakatan Harapan (PH), Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan tiada bekas pemimpin UMNO yang menyertai gabungan itu setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata PH belum membuat mesyuarat untuk meneliti sama ada menerima atau menolak bekas pemimpin UMNO yang keluar parti.

“Kita belum dapat permohonan (bekas pemimpin UMNO menyertai PH),” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas berhubung tindakan dua pemimpin UMNO yang bertindak keluar parti sejak semalam.

Semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri yang juga anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan meninggalkan UMNO manakala hari ini bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman turut berbuat demikian

Sebelum itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita DAP Hannah Yeoh menyifatkan tindakan pemimpin politik  keluar masuk parti adalah perkara biasa apabila agenda dan hala tuju parti itu sudah berubah.

“Persoalan sekarang adalah bila KJ (Khairy Jamaluddin) akan keluar (parti)? Beliau dilihat kuat mengkritik.

“Selain itu, apabila pihak pembangkang keluar parlimen (Julai lalu), yang tinggal dalam dewan adalah Anifah dan Khairy sahaja. Kita sudah lihat hala tuju sudah berbeza,” kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.-20/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 646  tetamu dalam talian