15Disember2017

Tak ada pendakwaan jenayah 1MDB di Amerika Syarikat...

Dah berbuih mulut ahli Panel Pemikir JASA Tun Faizal Ismail Aziz dok terang yang tak ada pendakwaan jenayah terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat, penyokong pembangkang tak mahu terima juga.

Yang terbaru, peguam dan pensyarah undang-undang terkemuka di Amerika Syarikat Tom Goldstein pula 'buka cerita' yang kesimpulannya adalah plot 1MDB di Amerika bukan seperti yang didakwa pembangkang.

Menurut beliau, meskipun Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan pelucut hak sivil ke atas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB, tetapi tidak ada tindakan mahkamah diambil ke atas 1MDB di AS.

Tom Goldstein yang berpengalaman di Mahkamah Agung AS berkata, tuntutan sivil yang dibuat oleh DoJ itu hanya untuk menyiasat tentang dakwaan aset yang dibeku itu telah diperoleh menggunakan dana 1MDB.

“Tidak ada tindakan ke atas 1MDB, hanya terhadap aset yang didakwa diperoleh menggunakan dana 1MDB.

“Malah sehingga sekarang, terdapat sedikit sahaja aktiviti berkaitan dengan kes itu dan tiada siapa yang dinamakan sebagai sasaran jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang peserta selepas menyampaikan ucapan sempena Litigasi Jenayah di AS, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

DoJ pada Jun lalu mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh de­ngan dana yang diselewengkan dari 1MDB.

Tuntutan itu ialah yang kedua diambil oleh DoJ selepas membuat tindakan sama pada tahun lalu melibatkan aset bernilai lebih AS$1 bilion.

Mengulas lanjut, Goldstein yang juga bekas pengajar ligitasi Mahkamah Agung di Sekolah Undang-undang Harvard dan Sekolah Undang-undang Stanford menjelaskan, tuntutan pelucutan hak oleh DoJ itu juga hanya menyasarkan aset-aset, bukan orang perseorangan.

“Sehingga sekarang pun, masih tiada cadangan daripada DOJ bahawa undang-undang AS dicabul oleh orang perseorangan di Malaysia atau sama ada kerajaan Malaysia terlibat.

“Tiada pendakwaan jenayah, tiada defendan jenayah, tiada sasaran jenayah yang diumumkan.

“Sebab itu mereka sangat berhati-hati dan tidak menamakan mana-mana individu dalam tuntutan sivil itu termasuklah perdana menteri atau sesiapa pun yang mempunyai kaitan dengan 1MDB,” ujarnya.

Ketika ditanya kepada siapa DoJ mahu kembalikan dana yang dibekukan itu, Goldstein memberitahu, perkara itu kini menjadi tanda tanya kepada DoJ kerana 1MDB telah menyatakan bahawa dana mereka tidak hilang sedangkan kes tersebut berdasarkan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB dan dibuat oleh pengadu yang tidak mewakili 1MDB.

“DoJ kini menangguhkan tuntutan itu kerana meneruskannya mungkin membawa kesan buruk ke atas keupayaannya untuk menjalankan siasatan jenayah,” katanya.-5/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 759  tetamu dalam talian