19Ogos2018

Sultan Johor terima mengadap Anwar

Dua jam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi malam tadi.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Anwar tiba di istana pada 10.50 malam.

Sejurus pertemuan itu, Anwar mengiringi Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail ke majlis santapan sebelum beliau pulang.

Mengikut entri terbaharu Facebook Sultan Johor, dalam pertemuan tertutup itu baginda dan Anwar yang membincangkan pelbagai perkara.

Difahamkan Anwar terbang ke Johor dari Subang menaiki jet peribadi Sultan Ibrahim.-22/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 476  tetamu dalam talian