Aha05192013

Kemaskini terakhir07:08:59 AM GMT

Back Berita Utama Nasional SPRM perlu siasat kes tanah 10,526 ekar di Kelantan

SPRM perlu siasat kes tanah 10,526 ekar di Kelantan

  • PDF

wankhairulRakyat Kelantan menyelar tindakan kerajaan negeri meluluskan sewenang-wenangnya pemberian tanah balak 10,526 ekar kepada bukan Bumiputera dan anak jati di negeri itu.

Serentak itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta anak jati Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya sama ada ia membabitkan rasuah politik.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (gambar), berkata siasatan perlu disegerakan berikutan dua pemimpin DAP Perak mengaku melabur dalam Upayapadu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan itu.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terang-terangan berbohong dan sanggup menggadaikan hak rakyat Kelantan demi menjaga hubungan dengan parti pembangkang.

“Nik Aziz perlu memberi penjelasan dan kenyataan terbuka berhubung isu itu supaya rakyat mengetahui motif di sebalik pemberian tanah terbabit,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan kerajaan negeri PAS memberikan tanah balak kepada seorang bekas Exco Perak sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Berita Harian melaporkan aktivis media dari Kota Bharu, Mohd Eizwan Abdullah, berkata pemberian itu tidak masuk akal dan jelas mempunyai motif politik.

“Orang Melayu bukan dari Kelantan mahu dapat tanah di sana (Kelantan) pun bersyarat iaitu kena berkahwin dengan orang tempatan dan menetap di Kelantan selama 10 tahun. Malah, mendapatkan kelulusan EXCO dari anak negeri sendiri pun (untuk dapatkan tanah) kena tunggu lama.

“Bagi isu ini, ia seperti terlalu mudah untuk diluluskan kerajaan negeri. Kaedah dan urusan pemberiannya juga tidak munasabah dan diragui, SPRM kena segera siasat,” katanya.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA) Kelantan, Mohamad Zaidan Abdul Rahim, berkata pemberian itu tidak bertanggungjawab dan mencalarkan imej dan integriti ‘keIslaman’ kerajaan negeri.

“Ia mendukacitakan. Mustahil kerajaan negeri meluluskan pemberian tanah begitu luas kepada pihak luar jika tidak mempunyai kepentingan tertentu. Menteri Besar kena jelaskan,” katanya.-29/12/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.