22Oktober2017

SPM: Kurang pelajar dapat A tahun ini banding tahun lepas...

Menurun... seramai 8, 647 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 memperoleh keputusan cemerlang semua A berbanding 9,721 calon pada 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan, namun prestasi keseluruhan pelajar lebih baik berdasarkan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) 2016.

Katanya, GPN 2016 mencatatkan 5.10 berbanding 5.15 pada 2015 dengan perbezaan 0.05 dan

Berdasarkan GPN, nilai lebih kecil adalah menunjukkan pencapaian calon lebih baik.

"Bagi peratusan semua pelajar yang mendapat semua A (Gred A+, A dan A-) tahun lalu adalah 2.13 peratus berbanding 2.38 peratus.

"Sementara, pelajar yang mendapat A+ adalah 102 calon atau 1.94 peratus berbanding 163 calon atau 2.6 peratus pada 2015," katanya pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2016 di sini, hari ini.

Seramai 434,535 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2016, berkurangan 6,147 (1.39 peratus) pada 2015.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan nilai GPN, pencapaian calon di bandar meningkat 0.05 kepada 4.89 pada tahun lalu, berbanding 4.94 pada tahun sebelumnya.

"Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat 0.08 iaitu 5.36 pada tahun lalu berbanding 5.44 pada tahun sebelumnya.

"Ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar lebih tinggi berbanding calon di bandar," katanya.

Katanya, jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.03 manakala pada tahun ini, jurang pencapaian adalah 0.47 berbanding 0.50 pada tahun 2015.

Bagi calon berkeperluan khas (CBK), Khair berkata, seramai 510 atau 58.42 peratus daripada 873 calon menduduki layak dianugerahkan sijil.-16/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 731  tetamu dalam talian