26Oktober2014

SPAD periksa 223,389 kenderaan sepanjang tahun 2012

spad-xx1yy
spad-xx2yy
spad-xx3yy
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah melakukan sebanyak 223,389 pemeriksaan ke atas Kenderaan Perdagangan, Pengangkutan Awam dan Kenderaan Pelancongan antara sepanjang 2012.
 

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, daripada jumlah itu sebanyak 5,931 kes atau tiga peratus daripada jumlah pemeriksaan tersebut, telah dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
 

Beliau berkata, selain bergerak sendiri, kebanyakan pemantauan yang dibuat oleh bahagian penguatkuasa SPAD dibuat secara bersepadu dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Imigresen dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Katanya setakat ini sebanyak 8,585 operasi telah dijalankan bersama.
 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah pada majlis Tamat Latihan Kursus Asas dan Induksi pegawai penguatkuasa SPAD di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES), di Bukit Jugra, Banting, pada Khamis.
 

Pada majlis itu 99 pegawai penguatkuasa SPAD berjaya menamatkan latihan stelah menjalani kursus dua bulan, bermula November lalu.


Dalam ucapannya, Syed Hamid berpesan kepada pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD yang tamat latihan itu supaya menjalankan tugas dengan amanah dan menjauhi gejalni rasuah.
 

Pada sidang media selepas itu, Syed Hamid berkata, jumlah anggota penguatkuasaan SPAD yang ada pada ketika ini agak kecil. Namun katanya, ia tidak menjadi halangan dan kekangan kepada suruhanjaya itu untuk mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
 

Syed Hamid berkata, sehingga kini SPAD mempunyai 317 pegawai penguatkuasa di seluruh negara dan pihaknya tidak bercadang untuk menambah keanggotaan itu dalam tempoh terdekat.


 "Buat masa ini jumlah itu dirasakan cukup. Kita akan menambah anggota mengikut keperluan dan apabila waktu itu dirasakan sesuai. Apa yang penting buat masa ini, kita mahu kehadiran pegawai penguatkuasa SPAD dirasai dan dapat dilihat di mana-mana walaupun bilangan kita agak terhad."
 

Syed Hamid berkata, pada ketika ini beliau berpuashati dengan tugas yang dikendalikan oleh pasukan penguatkuasa SPAD.


"Walaupun kehadiran penguatkuasa SPAD dalam kuantiti yang kecil tetapi dengan wujudnya kerjasama bersepadu daripada agensi penguatkuasa lain, mereka dapat melaksanakan tugas dengan begitu konsisten.
 

Pada majlis berkenaan, Syed Hamid turut menyampaikan anugerah Ketabahan Terbaik kepada Haslina Binti Shahrin, Hairul Najib Bin Othman (tempur tanpa senjata terbaik), Noor Hamydah Binti Ab. Manan (pencapaian akademik terbaik), Mohd. Ahmad Bin Mat Junus (kawad terbaik) dan Mohd. Naqib Aniq Bin Abd. Kahar (penuntut keseluruhan terbaik) - 27/12/12- OLEH NOORHASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 534  tetamu dalam talian