17November2018

Singapura keliru dengan status HSR...

Ibarat gantung tidak bertali... jiran sebelah tambak -Singapura masih menunggu penjelasan dari Malaysia berhubung kedudukan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Laporan media negara itu memetik Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Vivian Balakrishnan berkata, kerajaan Singapura telah mengemukakan nota diplomatik kepada Malaysia meminta penjelasan mengenai isu berkenaan.

Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada Mei lalu yang mahu projek itu ditangguhkan.

Menurut laporan tersebut, Balakrishan berkata demikian di Parlimen sebagai menjawab persoalan daripada ahli parlimen mengenai hubungan antara Si­ngapura dan Malaysia.

“Kami menunggu maklum balas rasmi daripada kerajaan Malaysia dalam nota yang telah diberikan kepada mereka.

“Sama ada Malaysia yang menyebabkan projek itu diberhentikan, kami akan menilai berapa jumlah pampasan daripada kerajaan Malaysia sejajar dengan perjanjian yang dimeterai dan juga undang-undang antarabangsa.

“Kerajaan Singapura mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dana awam dalam menangani kos ini,” katanya dalam laporan berkenaan.

Pada 28 Mei lalu, Dr. Mahathir memberitahu, kerajaan telah mem­buat keputusan akhir untuk membatalkan projek HSR kerana tidak memberi manfaat serta me­libatkan kos yang tinggi.

Bagaimanapun, dalam wawancara bersama Nikkei Asian Review pada 13 Jun lalu, beliau dilaporkan berkata, projek HSR hanyalah ditangguhkan, bukannya dibatalkan sebagaimana diputuskan sebelum ini.-10/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1045  tetamu dalam talian