18Julai2018

Singapura dakwa KL lepas peluang semak penjanjian air pada 1987

Harga air di bawah Perjanjian Air 1962 boleh disemak semula tetapi kita mempunyai peluang untuk berbuat demikian secara bersama dengan Singapura pada 1987.

Perjanjian itu memperuntukkan bagi semakan harga selepas 25 tahun.

Bagaimanapun, kita dikatakan tidak melaksanakan hak kita untuk menyemak harga air di bawah perjanjian pada tahun 1987.

Di Parlimen Singapura pada Isnin, Menteri bagi Hal Ehwal Lua, Dr Vivian Balakrishnan berkata "Malaysia sebelum ini mengakui bahawa mereka sendiri meminta untuk tidak meminta bagi semakan pada 1987 kerana mereka telah mendapat manfaat".

Dr Balakrishnan menyatakan bahawa 50 sen Malaysia bagi setiap 1,000 gelen yang dibayar oleh Johor adalah sebahagian kecil daripada kos sebenar merawat air.

Malaysia, khususnya Johor mendapat manfaat daripada Perjanjian Air 1962 kerana Singapura dikatakan memberi subsidi harga selama ini.

Media tempatan melaporkan pada Isnin bahawa Singapura menanggung kos RM2.40 untuk merawat setiap 1,000 gelen air.

Justeru, dengan menjualnya kepada Malaysia pada harga 50 sen, Singapura menyediakan subsidi sebanyak RM1.90 bagi setiap 1,000 gelen.

Setelah membeli air yang telah dirawat, Johor kemudian menjual air kepada rakyatnya pada harga RM3.95 bagi setiap 1,000 gelen, memperoleh keuntungan sebanyak RM3.45 bagi setiap 1,000 gelen atau RM46 juta setahun, kata laporan itu.

Oleh kerana kita memilih untuk tidak menyemak semula harga air pada 1987, Singapura kemudian mengambil beberapa tindakan yang republik itu mendakwa juga memberi manfaat kepada kita termasuk pembinaan Empangan Linggiu berharga lebih S$300 juta (S$1=RM2.95).

untuk menyemak harga air, "Singapura mungkin telah membuat keputusan pelaburan yang agak berbeza bagi pembangunan Sungai Johor dan kawasan-kawasan tadahan airnya."

"Satu contoh ialah Empangan Linggiu," kata menteri itu.

Beliau berkata pada 1990, Public Utilities Board (PUB), agensi air kebangsaan Singapura dan Johor menandatangani perjanjian untuk membina Empangan Linggiu untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air di Sungai Johor bagi membolehkan pengeluaran air pada kadar 250 juta gelen sehari (mgd) oleh PUB.

"Johor memiliki Empangan Linggiu tetapi Singapura membayar bagi kos pembinaannya dan terus membayar bagi penyelenggaraannya.

"Jumlah ini adalah melebihi RM320 jutan (S$208 juta pada kadar 1990) yang kita bayar kepada Johor pada 1990 sebagai pampasan bagi tanah yang digunakan bagi projek Empangan Linggiu dan bagi potensi kehilangan pendapatan akibat akitiviti pembalakan, dan sebagai bayaran satu kali bagi pajakan tanah bagi baki tempoh di bawah Perjanjian," kata Dr Balakrishnan.

Johor dan Singapura menandatangani dua Perjanjian Air jangka panjang. Perjanjian yang pertama dimeterai pada 1961 dan tamat tempoh pada Ogos 2011.

Menurut laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, di bawah Perjanjian pertama, republik itu berhak memperoleh 'kuantiti air mentah yang tidak terbatas dari Sungai Tebrau dan Sungai Skudai'.

Sebagai balasan, perjanjian itu menyatakan bahawa Singapura akan membekalkan kepada Johor dengan air terawat yang berjumlah 12 peratus daripada air yang diimportnya.

Apabila Perjanjian Air 1961 tamat tempohnya pada 31 Ogos, 2011, Singapura menyerahkan kepada kerajaan negeri Johor loji rawatan Gunong Pulai dan Skudai serta rumah pam Pontian dan rumah pam Tebrau yang diselenggara dan diuruskannya dengan menanggung sendiri kosnya.

Kemudahan ini diserahkan kepada mereka secara percuma dan dalam keadaan baik, kata laporan itu.

Perjanjian Air yang kedua dimeterai pada 1962 dan akan tamat tempoh pada 2061.

Di bawah perjanjian tersebut, Singapura mempunyai hak untuk mendapatkan dan menggunakan air dari Sungai Johor sehingga maksimum 250 juta gelen air mentah sehari.

Sebagai balasan, Singapura membekalkan kepada Johor dengan air terawat sehingga dua peratus daripada air yang diimportnya.

PUB mendapatkan bekalan air dari Sungai Johor dan merawat air tersebut di Loji Air Johor yang terletak berhampiran Kota Tinggi di Johor.

Selama bertahun-tahun, PUB atas permintaan Johor, membekalkan air tambahan boleh dinimum kepada Johor termasuk semasa tempoh kemarau yang teruk dan berpanjangan di Johor.

Air tambahan boleh diminum dibekalkan kepada Johor atas semangat muhibah dan tanpa menjejaskan hak-hak Singapura di bawah Perjanjian Air 1962, menurut laman sesawang itu.-11/7/2018

-Bernama

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 362  tetamu dalam talian