15Ogos2018

Senarai Exco Perak dipersembahkan pada Sultan hari ini

Pakatan Harapan (PH) Perak akan mempersembahkan senarai nama calon exco kerajaan negeri kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi mendapat perkenan baginda,hari ini.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang juga Pengerusi PH negeri berkata bilangan calon exco yang bakal dipersembahkan kepada baginda juga telah diputuskan.

"Exco yang boleh dilantik seramai 10 orang dan minimum adalah empat orang. Senarai telah ada dan senarai tersebut akan saya sembah kepada Sultan Perak.

"Tentunya ia melibatkan semua parti dalam PH, kami cuba lihat seberapa yang boleh mengikut komposisi tetapi terpulang kepada Sultan Perak untuk membuat keputusan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang menegaskan pihaknya akan membuat penilaian khusus kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Semua berhak isi borang permohonan tetapi mengisi borang permohonan tidak bermaksud diterima sebagai ahli PPBM. Kita akan lihat dan selidik lebih lanjut sebelum buat keputusan," katanya.-16/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 674  tetamu dalam talian