26April2018

Selangor akan bankrap jika terus ditadbir PKR...?

MCA mempersoalkan adakah kerajaan Selangor akan bankrap ekoran tindakan Syarikat Pengeluaran Air Selangor (SPLASH) mengambil tindakan undang-undang terhadap negeri itu bagi menuntut RM4.22bilion terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk pembayaran bil yang tertunggak.

Pengerusi MCA Bahagian Petaling Jaya Utara, Tan Gim Tuan berkata jika Kerajaan Selangor kalah dalam kes saman RM4.22 bilion ini, pembayaran bagi tunggakan bil akan menghapuskan rizab negeri sebanyak RM3 bilion dan meletakkan kita (Selangor) dalam kedudukan negatif.

"Sejak pengambilalihan penuh oleh Kerajaan Selangor, SYABAS juga dilaporkan mengalami kerugian besar setiap tahun. Pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga menunjukkan bahawa kedudukan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 yang dibentangkan pada 30 Mei 2017, SYABAS mencatatkan rugi bersih tahun tersebut sebanyak RM 1.19 bilion berbanding pendapatannya sebanyak RM 1.87 bilion.

" Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara terkini bagi tahun 2016 menunjukkan bahawa di bawah tahun kedua sejak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar, kerajaan Selangor mencatatkan defisit untuk tahun tersebut berjumlah RM145 juta berbanding dengan keuntungan yang konsisten pada tahun-tahun sebelumnya di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, lebih memburukkan keadaan, Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Azmin juga telah menandatangani pinjaman sebanyak RM9.65 bilion daripada Kerajaan Persekutuan pada 2015 untuk urusan pengambilalihan SYABAS dan dua syarikat yang lain di mana jumlahnya telah dikurangkan.

"Sebagai seorang rakyat Selangor, saya mendapati bahawa dengan kebimbangan yang semakin meningkat, Kerajaan Selangor mengambil pendekatan  merahsiakan perkara mengenai SYABAS telah di saman RM4.22 bilion. Kami juga mahu tahu mengapa SYABAS hanya membayar 36% daripada keseluruhan bil berbanding membayar penuh sepertimana rakyat biasa melakukannya.

"Selangor berada dalam kedudukan defisit semenjak Azmin menjadi MB dan mengurangkan rizab negeri -  terutamanya dengan pinjaman RM9.65 bilion  yang baru ditandatangani 3 tahun yang lalu.

"Ini melahirkan rasa bimbang kepada kita dan muncul persoalan jika Kerajaan Selangor dalam perjalanan menuju kebankrapan," katanya.-14/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1231  tetamu dalam talian