23Mei2017

Rasuah: Zahid ikrar 'pembersihan' dalam semua agensi KDN

Dicelah kehangatan isu 16 anggota polis di Bukit Aman dipercayai terlibat lindungi sindiket dadah dan kes 6 dicekup di Melaka lindungi puat judi haram dan rumah urut,Timbalan Perdana Menteri memberi mesej jelas gerakan ‘ pembersihan’ tidak akan berhenti di situ.
 
Malah katanya ia bukan sahaja melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun agensi-agensi lain dibawah Kementerian Dalam Negeri dan kementerian lain.
 
Beliau menegaskan tidak harus ada rasa malu untuk buat pembersihan dalaman keatas anggota dan pegawai yang terlibat penyelewengan.
 
"Kita harus bersiap siaga setiap masa kerana ada dalam kalangan kita yang ada sifat tidak baik hingga 'merosakkan susu sebelanga,”katanya.
 
Zahid menyatakan demikian men jawab soalan wartawan pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam Jumaat.
 
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat melindungi sindiket dadah,pusat judi dan rumah urut.
 
"Dan saya tidak mahu keadaan itu berlaku di mana-mana agensi jabatan penguatkuasaan di bawah KDN dan kementerian lain juga," katanya.
 
Serentak dengan itu katanya gerakan pembersihan itu akan akan dilakukan setiap waktu dan tidak bermusim.
 
Zahid berkata perkembangan itu turut dipantau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui maklumat yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi lain.
 
Timbalan Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa KDN tidak akan melindungi mana-mana anggota atau pegawai dalam agensi penguatkuasaan yang bersekongkol dengan sindiket jenayah.
 
"Itu sebabnya saya bersama-sama rakan di KDN berpendirian bahawa kita tidak harus malu jika ada dalam kalangan orang dalam agensi-agensi penguatkuasaan itu terlibat dan tidak akan ada perlindungan daripada kami. Ini sesuatu yang harus saya pastikan," katanya.
 
Mengulas mengenai pengumuman PDRM pada Isnin lepas bahawa akan berlaku operasi 'pembersihan' besar-besaran terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan tangkapan 16 anggota dan pegawai kanan jabatan itu yang dipercayai terlibat melindungi sindiket berkenaan, Zahid berkata tindakan itu akan dilaksanakan di seluruh jabatan PDRM.
 
Jelasnya, ia berikutan terdapat kes pegawai PDRM dari jabatan lain yang turut ditahan seperti di Melaka apabila enam pegawai polis ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah.
 
"Kita lakukan operasi pembersihan semua sekali (jabatan) kerana apa yang berlaku di Melaka bukan melibatkan Jabatan Narkotik tetapi melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Berat.
 
"Saya juga telah berjumpa Ketua Polis Melaka semalam dan saya berikan pengesahan kepada beliau untuk lihat semua yang terlibat. Tidak perlu lindungi walaupun ada dalam kalangan mereka yang kononnya dianiaya, digunakan, kononnya dipaksa...tiada alasan," kata  Zahid.
 
Kesemua enam pegawai polis itu direman selama enam hari bermula Rabu (17 Mei) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
 
Menurut Zahid, tindakan seumpama itu telah menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap PDRM tidak berubah walaupun Indeks Kadar Jenayah di negara ini menurun.
 
"Usaha-usaha yang dilakukan PDRM untuk menurunkan Indeks Kadar Jenayah adalah yang terbaik tetapi persepsi rakyat tidak berubah disebabkan masalah yang berlaku ini...nila-nila ini yang rosakkan susu sebelanga.
 
"Justeru, perkara ini harus dibanteras bagi membetulkan imej PDRM secara keseluruhan," katanya.- 19/5/2017
 
 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 749  tetamu dalam talian