17Julai2018

Ramai ke kakitangan kerajaan berstatus kontrak dihentikan...?

Sehingga berita ini ditulis belum ada kepastian, tapi dari paparan, retweet dan share dia media sosial ramai yang sudah jadi mangsa perubahan kerajaan daripada BN kepada PH.

Ada yang mengeluh kerana bulan Ramadan dan hari raya sudah dekat, tapi terima surat ditamatkan perkhidmatan serta-merta dan ada yang 'dibackdate' tarikh supata tak perlu datang kerja terus.

Agendadaily difahamkan antara yang jadi mangsa paling awal adalah kakitangan kerajaan berstatus kontrak di Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga berita ini ditulis, orang ramai masih berkongsi kisah masing-masing yang diberhentikan kerja oleh kerajaan Malaysia baru.-15/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 430  tetamu dalam talian