15Disember2017

PRU14: Kompromi dengan calon yang dipilih...

Presiden UMNO Datuk Seri Najb Tun Razak meminta ahli-ahli parti agar berkompromi dengan calon-calon yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Najib juga menyeru semua pihak lebih fokus untuk memenangkan parti dengan mandat rakyat yang lebih besar seterusnya memberi gambaran bahawa Barisan Nasional (BN) adalah lebih relevan untuk masa depan negara,

Dalam reaksi Amanat Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang Selasa, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Presiden menyeru semua peringkat dalam parti untuk menterjemahkannya pada PRU14 nanti.

Menurut beliau, ingatan jelas Presiden untuk memberi fokus kepada kemenangan kerana UMNO adalah parti yang bertanggungjawab untuk terus membina negara ini dan bagi meneruskan lebih banyak bantuan kepada rakyat maka mandat besar perlu dicapai.

“Pada perhimpunan kali ini kita mesti memperlihatkan pada rakyat bahawa kita adalah parti paling relevan, paling kuat dan seterusnya mengajak rakyat bersama kita”, katanya.

Katanya, seruan Presiden supaya kita berlapang dada menerima siapa juga yang dicalonkan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Saidmenyifatkan seruan Presiden UMNO itu lebih kepada soal persediaan untuk hadapi PRU14 terutama bagi mereka yang akan bertanding atau menyokong.

“Dari ucapan beliau, BN mesti menang besar kerana ianya parti yang terbaik untuk memerintah negara.

“Beliau juga sentuh soal calon, Presiden minta kita semua berkompromi kerana kemungkinan ada muka-muka baru yang akan diperkenalkan,” tambah Azalina.

Mengenai calon muda, Azalina berkata, itu merupakan satu pendekatan yang baik untuk menghadapi tahun 2020 di mana perubahan lanskap dunia akan berubah dari segi politik, ekonomi dan sosial.

“Kita perlu muka-muka baru dan muda bagi mewujudkan kesenimbungan pada perjuangan UMNO dan BN,” ujarnya.-6/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 760  tetamu dalam talian