16November2018

PPBM nak tunjuk pandai... tuntut 12 kerusi di Selangor

Tak sampai setahun jagung... Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor sudah tunjuk taring selepas berkeras untuk bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada pilihan raya umum.

PKR sebelum ini turut menyatakan untuk bertanding di 12 kerusi berkenaan.

Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin berkata hasrat PPBM untuk bertanding di kesemua DUN berkenaan adalah selaras dengan matlamat asal penubuhan parti yang mahu bersaing dengan UMNO pada pilihan raya umum ke-14.

“Kita tidak akan melepaskan walaupun satu kerusi dan tetap akan pertahankan (bertanding) 12 kerusi itu.

‚ÄúJusteru, kita menyerahkan cadangan nak bertanding 12 kerusi UMNO ini kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor untuk membuat keputusan,‚ÄĚ katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat PH Selangor mengenai pengagihan kerusi DUN Selangor Rabu malam.

Bernama melaporkan antara yang kelihatan hadir pada mesyuarat kira-kira sejam itu adalah Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor Dr Xavier Jayakumar; Timbalan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo, dan Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim.

Ditanya sama ada kerusi yang dimenangi PKR, DAP dan Amanah pada PRU13 akan ditandingi parti sama pada PRU14, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata Pakatan Harapan Selangor secara prinsipnya mengambil ketetapan untuk mengekalkan 'status quo'.

Pada PRU13, DAP memenangi 14 kerusi DUN, PKR (13) dan PAN (dua).

Difahamkan, mesyuarat itu turut membincangkan mengenai agihan 25 kerusi DUN yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dan PAS pada PRU13, iaitu BN (12) dan PAS (13).

Perbincangan pengagihan kerusi DUN Selangor sebelum ini mencetuskan konflik antara kepimpinan PH negeri meskipun rundingan itu sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Jan lepas.

Keadaan diburukkan lagi dengan tindakan Izham menggelar Datuk Seri Azmin Ali sebagai 'joker' selain mendakwa Azmin tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PH Selangor.

Selain Izham, anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Ronnie Liu turut secara terbuka 'menyerang' Azmin menerusi akaun Facebook miliknya, 3 Jan lepas, dengan mengatakan menteri besar itu tidak layak memegang jawatan pengerusi pakatan tersebut.

Susulan desakan dan 'serangan' yang diterimanya, Azmin akhirnya akur dan menghantar surat rasmi meminta kepimpinan Amanah, DAP dan PPBM supaya menghantar empat wakil masing-masing untuk membincangkan perkara itu menerusi mesyuarat jawatankuasa pengagihan kerusi DUN hari ini.

-9/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 418  tetamu dalam talian