19November2017

PM bertemu untuk selami hati warga pesara Oktober ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal berhimpun bersama pesara-pesara kerajaan pada Oktober depan bagi menyelami hati warga berkenaan dalam mendepani Tranformasi Nasional 2050 (TN50).

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan bahawa program yangi diberi nama “Beautiful Life of Beautifulness adalah bersempena dengan sambutan hari warga emas.

“Ia adalah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, program itu cukup baik dimana lokasi yang akan diumumkan oleh PM akan menghimpunkan semua pesara dan lokasinya bersesuaian dimana pesara-pesara ada tempat untuk kita melepaskan kerinduan bertemu dengan rakan-rakan kita, termasuk saya suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selasa.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan bekas presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Tambah Zahid, golongan pesara kerajaan diminta mengamalkan adab dan tatasusila dalam melontarkan perbezaan pendapat masing-masing walaupun tidak lagi berada dalam organisasi kerajaan.

Menurutnya biarpun mereka kini sudah terkeluar daripada kepompong ‘SYMP’ iaitu tidak lagi melaksanakan ‘Saya Yang Menurut Perintah’ kerajaan, segala pandangan perlu disalurkan secara berhemah.

“Kita tahu apabila berusia lebih 60 tahun kita agak lebih sensitif, jiwa kita halus dan mudah terasa hati jika ada yang tidak setuju dengan kita. Namun, kita harus menerima hakikat yang lama dihormati dan yang baharu disayangi.

“Kita sedar tanggungan kerajaan banyak. Kalau kita mendoakan agar kedudukan kewangan lebih kukuh dan pendapatan negara lebih banyak, saya yakin keprihatinan Perdana Menteri akan memberi lebih banyak faedah kepada pesara,” kata Zahid-15/8/2017 - OLEH NUR ASLINDA NASIR

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 659  tetamu dalam talian