14Disember2018

PKR tidak kemuka nama baru untuk rombakan Kabinet - Anwar

PKR tidak membuat sebarang permintaan bagi mengemukakan nama baharu daripada parti itu bagi tujuan rombakan kabinet, kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata setakat pemahamannya tiada apa yang berubah.

“Tiada seorang pun dalam PKR memaklumkan kepada saya tentang perubahan atau keperluan menyerahkan nama baharu. Setakat ini tiada perubahan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson ditanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau  terbuka kepada cadangan rombakan kabinet dan tidak menolak kemungkinan melakukan perubahan jika PKR ada mencalonkan mana-mana nama.

Sebelum ini kedengaran desas-desus Dr Mahathir akan melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat berikutan kritikan terhadap prestasi beberapa menteri selain menepati percaturan politik susulan keputusan pemilihan PKR baru-baru ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkata parti itu juga tidak menghantar sebarang nama bagi melaksanakan rombakan kabinet tersebut yang disifatkannya sebagai keputusan perdana menteri dan di luar bidang kuasa beliau selaku Menteri Kewangan.-15/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 319  tetamu dalam talian