19November2017

Perpaduan UMNO Terengganu terpancar di perasmian sidang bahagian Kemaman...

Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Kemaman 2017 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Chukai Jumaat menyaksikan suasana yang cukup mantap bagi UMNO negeri Terengganu.
 
Apa tidaknya...gandingan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan dua bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said duduk bersama diatas pentas.
 
Kalau dulu-dulu ada saja cakap-cakap berlegar mengenai isu dalaman politk UMNO Terengganu...namun kini segalanya sudah berlalu.
 
Pada majlis itu Ahmad Razif yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu kelihatan ceria memeluk Ahmad selepas Ahmad selesai memberi ucapan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kemaman, dan tindakan spontan itu dipuji oleh Ahmad Zahid.
 
Berucap merasmikan sidang bahagian itu,Zahid berkata gandingan kerjasama Ahmad Razif , Idris Jusoh dan Ahmad Said itu melenyapkan segala kontroversi yang pernah dicanang sebelum ini.
 
Beliau juga yakin gandingan mereka mampu memastikan UMNO terus menang di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
"Realitinya Idris dan Ahmad bukan lagi Menteri Besar tetapi ketiga-tiga ini (bersama Ahmad Razif) duduk bersama-sama di atas pentas. Ia adalah petunjuk bahawa sejarah silam telah berlalu. Perbezaan diketepikan demi kepentingan UMNO keseluruhannya.
 
"Jangan pernah usik UMNO dan Barisan Nasional selagi pemimpin-pemimpin ada bersama dengan kita ini dengan didukung oleh ketua bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan masyarakat..insya-Allah Terengganu masih milik UMNO pada masa akan datang," katanya.

Serentak itu Zahid mengingat balik mengenai kemelut dalaman parti hingga menyebabkan BN tumbang di Terengganu satu penggal dulu dan berharap ia tidak berulang.

"Kita llihat apa yang berlaku suatu ketika dahulu apabila kita (UMNO) kecundang untuk mempertahankan Terengganu dan kehilangan satu penggal. Tetapi atas usaha dan kepercayaan kepada Idris (Menteri Besar ketika itu) bersama pemimpin lain, Terengganu ditakluki semula.
 
"Namun jika tidak diberikan keutamaan kesatuan, ada kemungkinan peristiwa kehilangan kuasa ini akan berlaku semula. Jika kita melayan perbezaan kita...layan tukang kipas kiri dan kanan, maka kita akan tempah maut pada PRU akan datang," katanya.|

Selain itu, mengenai pencalonan Ahmad untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat membuat pengesahan meskipun ada permintaan daripada pihak UMNO Kemaman.
 
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa peluang itu wujud sekiranya Ahmad terus membuktikan komitmen kepada parti dan masyarakat.
 
Sebelum ini timbul isu melibatkan Ahmad dan Ahmad Razif yang mengeruhkan suasana seolah-olah Terengganu dilanda masalah politik selepas Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 2014.
 
Ia berlarutan hingga berlaku percanggahan pendapat antara kedua-duanya dan timbul spekulasi Ahmad mahu beralih ke parti lain namun ia tidak berlaku selepas Ahmad bertegas tentang kesetiaannya bersama UMNO.
 
Ahmad sebelum ini menggantikan Idris, yang merupakan Anggota Parlimen Besut pada 2008.- 8/9/2017
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 632  tetamu dalam talian