22Jun2018

Penyokong Anwar hilang akal jika ingat Mahathir ikhlas...

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap hilang akal jika mempercayai Tun Dr Mahathir Mohamed ikhlas dan serius mahu membebaskan bekas ketua pembangkang itu dari penjara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut mempersoalkan tindakan Tun Mahathir yang ingin membebaskan Anwar sekarang dan bukan sejak diperingkat awal dia dipenjarakan.

"Anwar dulu dipecat dan ditahan kerana buku 50 Dalil. Tun Mahathir percaya buku itu dan kini, Anwar sekarang dipenjara kerana Saiful Bokhari sendiri yang membuat aduan berhubung isu liwat.

"Lagipun Anwar hanya tinggal beberapa bulan sebelum bebas. Kenapa diperingkat awal dulu dia tidak memperjuangkan pembebasan Anwar? Kenapa sekarang? Sudah tentu kerana politik.

"Bukannya Anwar dipenjara kerana politik tetapi Tun Mahathir cuba mempolitikkan disaat kritikal ini dengan pembebasan Anwar," katanya.

Tambahnya, Tun Mahathir yang dikenali sebagai pakar u-turn hanya berlakon untuk membebaskan Anwar yang dipenjarakan di atas perbuatan jenayah seteleh melalui proses perbicaraan yang panjang.

"Tun Mahathir hanya berlakon. Dia pakar U turn. Anwar dipenjara kerana perbuatan jenayah setelah melalui proses perbicaraan yang panjang. Bertahun dan berbelas kali penangguhan.

"Anwar tidak boleh mudah lupa. Dia dulu ditahan oleh Tun Mahathir bermula dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Rumahnya diserbu dengan kasar. Matanya lebam dan Tun Mahathir dakwa Anwar pukul sendiri matanya sampai lebam. Itu tahanan bermotif politik," katanya.

Ujar Mohd.Puad lagi, tindakan Tun Mahathir jelas menunjukkan bekas Perdana Menteri itu sudah kehabisan isu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya umum ke 14.

"Isu 1MDB gagal. Maka isu Anwar dipenjara cuba dipanaskan untuk mendapat simpati rakyat. Tun Mahathir lupa sejak dia berkawan dengan Lim Kit Siang yang mahu menjadi Perdana Menteri imejnya sudah tercalar dan tidak lagi boleh dipercayai," katanya.-14/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 790  tetamu dalam talian