14Disember2018

‘Pening main dengan menteri PH ni…’ – Nik Abduh

Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang mempertahankan Peguam Negara, Tommy Thomas mengundang pertikaian.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Mohamed Hanipa sanggup mengetepikan isu moral apabila mempertahankan Tommy yang didakwa menggunakan kuasa.

“Masa jadi pembangkang, kata Peguam Negara tak ada moral guna kuasa. Bila dah jadi menteri, pertahan Peguam Negara guna kuasa.

“Hal moral ni tak main la.. kata menteri. Pening main dengan Menteri PH ni..,” katanya.

Kenyataan Nik Mohamad Abduh itu merujuk kepada jawapan Mohamed Hanipa di Dewan Rakyat berhubung isu banglo melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut menyertakan pautan video pertelingkahan ahli-ahli Parlimen PAS dan Mohamed Hanipa berhubung isu berkenaan.

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuki Shaary ingin tahu apa halangan Peguam Negara tidak meneruskan kes banglo Guan Eng kerana ia dilihat salah dari segi moral.

Mohamed Hanipa kemudian menjelaskan Tommy tidak terlibat dalam kes tersebut menunjukkan Peguam Negara tiada konflik kepentingan.

Bagaimanapun, jawapan tersebut tidak memuaskan hati ahli-ahli Parlimen Pas dan mencetuskan perbalahan dengan Mohamed Hanipa.-21/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 272  tetamu dalam talian