15November2018

Pendakwaan terpilih: UMNO Johor, Pahang berdiri teguh bersama Presiden...

UMNO Johor akan terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti. Pengerusinya, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, setiap ahli juga bertanggungjawab untuk mempertahankan parti dan sebarang tindakan merosakkan parti akan ditentang.

“Sejak akhir-akhir ini, terdapat tindakan yang dikenakan ke atas pemimpin parti, dan UMNO Johor menyifatkan ia adalah bermotifkan politik dan percaya ia merupakan pendakwaan yang dibuat secara terpilih.

“UMNO sudah terlibat secara langsung dalam menggubal undang-undang persekutuan dan sejak itu UMNO sentiasa berpegang teguh kepada keluhurannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasni berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka didakwa esok, dan satu lagi sejarah hitam bakal terjadi kepada parti setelah bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima nasib yang sama.

Katanya, UMNO Johor berpendirian bahawa setiap ahlinya perlu diberikn gambaran jelas dan tepat serta telus berkaitan semua hal yang berlaku.

“Sebagai menghormati presiden, UMNO Johor akan melantik beberapa pengamal undang-undang untuk mengikuti perbicaraan.

 “Ingin saya menegaskan, ahli UMNO bukanlah pengikut yang membuta tuli, lebih lagi mereka merupakan ahli yang sentiasa menghormati undang-undang. Apa yang kita harapkan adalah keadilan ke atas apa yang berlaku,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, UMNO Johor berharap ahli-ahlinya di negeri ini, akan terus berdoa semoga presiden parti tabah selain memohon agar diberi hidayah, petunjuk serta dilindungi daripada sebarang musibah.

Sementara itu, UMNO Pahang berdiri teguh bersama Zahid Hamidi.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau mewakili seluruh ahli UMNO negeri memberi sokongan penuh kepada Ahmad Zahid dalam menempuh keadaan mencabar ketika ini.

"Kami mengulangi kesetiaan  serta pendirian jitu untuk terus berdiri teguh bersama-sama beliau.

Kami juga berdoa kepada ALLAH semoga beliau dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam melalui saat getir ini,"katanya dalam satu kenyataan.

Wan Rosdy berkata,  semua ahli dan penyokong Umno  minta  supaya terus berdoa dan menganjurkan solat hajat, memohon pertolongan ALLAH agar mempermudahkan  urusan kepemimpinan tertinggi parti itu.-19/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1125  tetamu dalam talian