Sudahlah tidak ada bukti kejayaan, tetapi mengajar peneroka amalkan sikap tidak berterima kasih pula. Begitulah sikap pembangkang yang digambarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed.
“Mereka (Pakatan Pembangkang) tidak ada bukti kejayaan. Pertolongan daripada mereka tidak ada. Tetapi mereka menyuruh kita jangan berterima kasih dengan apa yang telah diterima.Adakah ini ajaran yang baik?
"Mereka kata ambillah RM500 dan gigit tangan dia. Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah. Ini tak mengikut budaya orang Melayu. Apabila kita terima sesuatu, kita kata terima kasih,” katanya.
Mahathir berkata demikian ketika berucap di majlis "Warga Felda Bersama Negarawan Ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad" yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, pada Isnin.
Dalam ucapannya itu Mahathir turut menasihatkan warga FELDA supaya bersikap rasional dan jangan membiarkan diri diperdayakan dengan dakyah pembangkang sehingga gagal mengawal emosi dan melakukan perkara yang merugikan diri sendiri.
“Jika kita terikut-ikut dengan perasaan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu untuk merosakkan kita, maka akan rosaklah kita,” katanya di depan kira-kira 3,000 warga FELDA.
Mahathir berkata tidak ada negara lain di dunia yang melaksanakan sesuatu sepertimana yang dilakukan oleh FELDA yang berjaya menaik taraf peneroka yang asalnya dulunya penganggur dan kini hidup senang.
Beliau seterusnya meminta warga FELDA, terutama generasi muda supaya mengingati asal-usul dan sejarah supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang pernah dibuat pada masa lalu.
“Jangan angkuh kerana akhirnya kita akan jatuh. Sebaliknya bersyukur dan merendah diri barulah kita akan berjaya dan hidup dengan cara yang lebih baik.
"Masalah sekarang, generasi muda yang lahir, sudah cukup mewah, pendapatan banyak. Mereka kena ingat dari mana datangnya kesenangan itu, iaitu daripada pengorbanan ibu bapa. Jika mereka sedar perkara ini, saya yakin mereka akan jadi orang yang tahu bersyukur, tahu mengenang budi dan berterima kasih," katanya
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







