21November2017

Pembangkang ketandusan idea lawan Najib

Pembangkang dilihat semakin ketandusan idea sehingga sanggup mempolitikkan jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke White House selepas 60 tahun kedua-dua negara menjalinkan hubungan dua hala.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermiyati Samsudin berkata, tindakan pembangkang yang meminta Kabinet menolak jemputan Trump membuktikan sikap mereka yang busuk hati.

"Mereka (pembangkang) seharusnya berfikiran terbuka kerana jemputan tersebut adalah satu peranan bagi Malaysia dalam usaha menjalinkan hubungan diplomatik.

“Pihak pembangkang tidak harus menjadikan jemputan itu sebagai satu agenda politik, ini adalah membuktikan sikap sebenar pembangkang yang busuk hati. Sebaliknya kita perlu lihat sebagai satu perkara yang positif khususnya memperkukuhkan ekonomi," katanya.

Mas Ermiyati turut berkata, jemputan Trump dalam tahun pertama beliau sebagai presiden melambangkan pentingnya Malaysia kepada AS sebagai rakan strategik rantau Asia dan pengiktirafan kepada kepimpinan perdana menteri.

“Kritikan pembangkang tidak perlu diambil kira lagi memandangkan kumpulan itu hanya pandai mencari salah dan silap pentadbiran sebaliknya kumpulan mereka sendiri juga berada dalam kucar-kacir,” katanya.

"Sepatutnya kita berbangga apabila negara kita yang masih dalam proses membangun dijemput oleh negara besar seperti AS," ujarnya.-12/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1359  tetamu dalam talian