18Ogos2018

Pembangkang bertemu Speaker dan Setiausaha Dewan - Ketua Whip BN

Pembangkang bakal mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff dan  Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dalam tempoh tempoh terdekat bagi merungkai polemik hari pertama Dewan Rakyat itu.

Ketua Whip BN, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Sidang Parlimen wajar ditangguhkan selama 14 hari bagi memastikan prosedur pelantikan Speaker dilaksana berteraskan Peraturan Mesyuarat.

Jelasnya, ketika menyuarakan desakan itu, menyifatkan prosedur pelantikan jawatan berkenaan umpama 'akad dan nikah'.

Katanya, ia harus berteraskan prosedur timbal balik, iaitu proses penawaran dan penerimaan calon Speaker Dewan Rakyat yang dilaksanakan dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

"Kita tidak mahu ada tanggapan bahawa bekas hakim (Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff) gagal baca peraturan, malah persoalan di sini kenapa masukkan nama 'last minute' (saat akhir).

"Kalau dulu mereka bersemangat nak tegakkan kebenaran dan kepentingan mengikut peraturan, mengapa sekarang bertindak sebaliknya?

"Oleh yang demikian, adalah lebih baik Parlimen ditangguhkan selama 14 hari bagi memberi laluan prosedur pelantikan Speaker Dewan Rakyat dilaksana secara sah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, suasana Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat 4(1) bagi mempersoalkan prosedur pelantikan Speaker Dewan Rakyat.

Akibat tidak diendahkan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain turut bangkit menyuarakan tentangan berhubung perkara itu, sambil memekik "Malaysia baharu, tapi hari pertama sudah menipu".-16/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 513  tetamu dalam talian