17Oktober2018

PAS puji kelantangan Najib pertahan Baitulmuqaddis

Sikap lantang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan bantahan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
 
Terdahulu Najib dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Instanbul, Turki menyatakan pendirian tegas Malaysia menolak pengiktirafan AS berhubung isu itu.
 
Mohd berkata kelantangan Najib membuktikan Malaysia adalah antara negara Islam yang berada di hadapan dalam isu ini.
 
Malah sehingga kini, masih terdapat beberapa negara Islam yang tidak mempunyai kesungguhan untuk menentang tindakan AS apabila mengambil pendekatan berdiam diri, ujar Mohd Amar.
 
“Isu Baitulmuqaddis ini membuktikan kepentingan memilih kerajaan yang komited kepada Islam untuk membela dan mempertahankan hak umat Islam.
 
“Mujurlah kita pergi (Sidang Kemuncak OIC) kerana itu saluran untuk kita bercakap dan tanda sensitiviti terhadap musuh.
 
“Kita harap kerajaan akan terus konsisten membela dan mempertahankan hak Palestin dan umat Islam serta tidak mengikut telunjuk AS dan sekutu-sekutunya,” katanya selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan PAS negeri, hari ini.-15/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 461  tetamu dalam talian