13Disember2017

PAN tetap bertanding di semua kerusi PAS di Selangor...

Parti Amanah Negara Selangor tetap berpendirian bertanding di kerusi milik PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) nanti.

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi, berkata parti itu kekal dengan keputusan tidak menjalinkan kerjasama dengan PAS dan ketika ini giat menjalankan gerak kerja untuk memenangi hati pengundi di kawasan yang dimenangi PAS.

"Pemuda Parti Amanah negeri senada dengan pengerusi negeri (Pengerusi Parti Amanah Selangor, Izham Hashim) bahawa kita bersedia bertanding di kerusi milik PAS.

"Itu pendirian kita kerana buat masa ini tiada sebarang kerjasama terbentuk dengan PAS. Pemuda Amanah negeri tidak ada sebarang kerjasama atau pertemuan dengan Dewan Pemuda PAS negeri.

Jadi, pendirian pihak kami adalah jelas," katanya dipetik sebuah akhbar pada Selasa.

Ditanya kemungkinan parti serpihan PAS itu terpaksa mengurangkan bilangan kerusi yang ditandingi di negeri ini untuk memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abbas berkata, perkara membabitkan pembahagian kerusi bukan isu besar.

"Kita tidak ada masalah dengan kehadiran PPBM kerana ia sebenarnya menguatkan pagi pakatan pembangkang. Barisan kepemimpinan Pakatan Harapan diyakini akan membuat keputusan terbaik dalam isu pembahagian kerusi menjelang PRU 14," katanya.

Mengenai usaha Parti Amanah dan PPBM mendaftar ahli baharu, beliau berkata, masing-masing mempunyai sasaran serta segmen pengundi sendiri dan tidak timbul isu parti mana berjaya mendaftar ahli yang ramai.-21/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 790  tetamu dalam talian