20Ogos2018

Orang Melayu tetap bersama UMNO...

Orang Melayu tetap bersama dalam perjuangan parti keramat Melayu itu, walaupun terdapat pemimpin tertingginya yang keluar daripada parti.

Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii berkata, orang Melayu kekal dalam Umno kerana yakin dengan perjuangannya, yang sekian lama memperjuangan kaum berkenaan.

"Memang tidak dinafikan memang wujud perpecahan di antara orang Melayu tetapi kita kena lihat dari sudut positif, ianya lebih kepada kematangan politik sebenarnya.

"Saya lihat perpecahan ini sebenarnya wujud daripada dulu, tapi apa yang positif, walaupun kebanyakan pemimpin Umno itu telah lari untuk mewujudkan parti lain, kita lihat Umno itu tetap dominan mendapat sokongan orang Melayu.

"Dan yang lari untuk wujudkan parti-parti politik kecil ini adalah hanya pemimpin-pemimpin yang tidak sabar," katanya dalam program Live Bersama Sinar Harian di Shah Alam pada Selasa.

Justeru tegasnya, beliau yakin UMNO akan kekal diterima rakyat dalam PRU14 ini.

"Dari dulu mereka (pembangkang) kata kita hilang sokongan, tetapi apabila keluar keputusan PRU kita masih menang," katanya.-7/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 496  tetamu dalam talian