25September2018

Nazri, Jamal nak tolong kempen... ini kata Anwar

Walaupun kumpulan Datuk Seri Azmin Ali 'macam' tidak gembira dengan 'Langkah PD' Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin dapat 'panglima' baru selepas dua pemimpin UMNO menawarkan diri untuk membantu kempennya.

Dalam reaksinya Anwar sendiri tidak menolak bahkan menyambut baik sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membantunya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson akan datang.

Ketua Umum PKR itu bagaimanapun menyerahkan kepada jentera serta jawatankuasa pemilihan parti untuk membuat keputusan.

“Sekarang kita ada jentera pilihan raya, kita serah pada jentera. Siapa yang hendak bantu kita bersyukur.

“Soal atas pentas mana tentu parti buat keputusan, saya sambut baik siapa sahaja yang hendak membantu,” katanya pada Program Agenda Malaysia Baharu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MTIC) Ayer Keroh, pada malam Khamis.

Majlis turut dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin dan ahli PKR negeri Melaka.

Terdahulu, anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz dilaporkan menyatakan hasrat untuk berkempen bagi pihak Anwar pada PRK Port Dickson.

Antara nama lain yang turut dilaporkan menyatakan hasrat sama ialah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Sementara itu, ketika diaju soal tahap kesihatannya untuk meneraju khidmat sebagai Ahli Parlimen dan bakal perdana menteri kelapan, beliau yakin keadaan kesihatannya yang hanya memerlukan rawatan fisioterapi sekali seminggu tidak akan menjejaskan khidmat baktinya kepada rakyat.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi kawasan berkenaan Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Rabu melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk menyertai kembali Parlimen dan seterusnya membolehkan beliau menjadi perdana menteri kelapan.

Anwar baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.-14/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 485  tetamu dalam talian