17November2018

Nasib 412 pembantu guru ditamatkan kontrak dapat perhatian NUTP

Akhirnya ada juga pihak yang bersuara mengenai nasib 412 pembantu guru Gred N19 di Melaka dan Kedah yang ditamatkan kontrak oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Khamis merayu kerajaan mempertimbangkan perkara tersebut.

Presidennya, Kamarulzaman Abdul Razak berkata, seramai 412 pembantu guru yang dikenali sebagai PT Rintis terjejas ekoran tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka dan sehubungan itu NUTP merayu kontrak mereka dilanjutkan dan diserap ke jawatan tetap.

“Kita merayu agar perkhidmatan mereka disambung semula selepas ditamatkan pada 30 Jun ini.

“Pembantu guru sambilan di dua negeri tersebut memohon agar mereka dapat diserapkan ke dalam perjawatan tetap, seiring hasrat kerajaan untuk mewujudkan jawatan pembantu pengajar bagi mengurangkan beban guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sehubungan itu, satu memorandum akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat, kata beliau.-21/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 412  tetamu dalam talian