25September2017

Najib perjelaskan isu 1MDB di Amerika Syarikat

Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemain industri Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN bagi menjelaskan isu melibatkan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diputarbelit pembangkang.

Perdana Menteri berkata isu 1MDB dimainkan bagi memburukkan imej kerajaan Malaysia dan menafikan cuba menyembunyikan masalah yang berlaku.

“Saya tahu anda ada mendengar cerita kurang positif mengenai ekonomi Malaysia, khususnya 1MDB.

“Kita tidak menyembunyikan isu itu, sebaliknya mengarahkan siasatan terhadap syarikat berkenaan.

“Apabila kita mengesan lebih jelas ada yang tidak kena, saya mengarahkan proses rasionalisasi.

“Tindakan ini berjalan lancar membabitkan banyak aset yang sebelum ini dimiliki oleh 1MDB,” katanya.

Najib berkata demikian semasa majlis makan malam Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perdagangan AS di Hotel St Regis, Washington.

Najib ketika ini dalam rangka lawatan rasmi di AS atas jemputan Presiden, Donald Trump.

Menurut Najib lagi, kumpulan tersebut cuba mensabotaj ekonomi Malaysia dengan membesarkan isu tersebut.

“Perlu diingatkan ada ahli politik tertentu di negara kami sengaja membesarkannya.

“Sebenarnya, ada kempen yang sengaja untuk mensabotaj syarikat ini dan menjejaskan keyakinan pelabur mengenai ekonomi negara – percubaan yang gagal untuk menjatuhkan kerajaan dalam beberapa pilihan raya,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, dakwaan yang dibuat terhadap 1MDB dan keadaan ekonomi Malaysia adalah tidak benar sebaliknya ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan.

“Realitinya seperti tulisan pakar ekonomi, Bruce Gale, ialah ekonomi Malaysia terus tumbuh melebihi kadar purata antarabangsa.

“Ekonomi kita berkembang 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu dan pelaburan meningkat 7.4 peratus.

“Angka terkini juga menunjukkan inflasi di bawah kawalan dengan Indeks Harga Pengguna melonjak 3.2 peratus pada Julai,” jelasnya-13/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 410  tetamu dalam talian