23September2014

Najib hadiri Mesyuarat Pemimpin Malaysia-Singapura

najiba
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Singapura pada Isnin dan Selasa akan membuka jalan kepada lebih banyak kerjasama dan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi sedia ada antara kedua-dua negara jiran, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan.

"Hubungan dua hala semasa telah pesat meningkat. Sempena lawatan perdana menteri kita ke Singapura, kita boleh menjangka peningkatan usahasama komersil dengan bantuan kerajaan," katanya dipetik Bernama.

Najib akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dan Iskandar Malaysia, Johor pada 18-19 Feb, sempena Mesyuarat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-4.

Mesyuarat itu adalah wadah perbincangan dua hala mengenai pelbagai isu dua hala dan serantau Malaysia dan Singapura.

Perdana menteri itu akan disertai oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, beberapa orang menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan.

Md. Hussin berkata pemimpin kedua-dua negara juga dijadualkan mengkaji semula kemajuan projek-projek yang sedang berlangsung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Temasek Holdings (Private) Ltd di Singapura dan Iskandar Malaysia.

"Mungkin juga akan ada pengumuman projek-projek baharu yang menandakan kelangsungan hubungan dua hala kita," katanya sambil menambah: "Mari tunggu perdana menteri membuat pengumuman."

Sebelum ini, dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Najib dan rakan sekerjanya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dijadual merasmikan pembangunan bersama oleh Khazanah dan Temasek di Singapura dan Iskandar Malaysia.

Ia berkata pembangunan bersama itu adalah projek Marina One dan DUO yang dijalankan oleh M+S Pte Ltd di Singapura, dan Urban Wellness and Resort Wellness oleh Pulau Indah Ventures Sdn Bhd di Iskandar Malaysia.-18/2/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 588  tetamu dalam talian