15November2018

Najib dipanggil lagi oleh SPRM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya jam 10 pagi ini, menurut sumber suruhanjaya itu.

Najib dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes baharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 3 Oktober lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Difahamkan, Najib hadir kali ketiga untuk memberi keterangan kepada Unit AMLA berhubung siasatan skandal 1MDB serta proses transaksi kewangan pada 2011.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

Pada 27 Ogos lalu, Najib hadir bersama peguamnya ke pejabat AMLA, bagi membantu siasatan berhubung 1MDB sekitar jam 10 pagi.

Beliau sekali lagi hadir di unit berkenaan pada 30 Ogos lalu, namun gagal dikesan pihak media selepas beliau dipercayai menggunakan laluan belakang menara.

Sebelum ini, Najib berhadapan dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) dan empat tuduhan lain berhubung dana RM42 juta milik SRC International yang berada dalam akaun peribadinya.-16/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 903  tetamu dalam talian