20September2018

Najib bersarapan dengan ahli-ahli Parlimen BN...

Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pagi Isnin tiba-tiba jadi tumpuan wartawan sebaik mereka mendapat perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sesi 2013-2018 lalu.

Rupa-rupanya ia cuma pertemuan biasa sambil menikmati sarapan pagi yang berlangsung selama sejam.

Dalam pertemuan santai itu Najib menyuarakan penghargaan kepada mereka kerana telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik sepanjang tempoh sebagai ahli-ahli parlimen.

Najib berpesan supaya menerima keputusan dengan penuh semangat BN apabila senarai calon diumumkan.

Najib mahukan mereka terus menjulang semangat BN walaupun tidak akan dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Antara yang terawal sampai ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 353  tetamu dalam talian