23Oktober2017

Misi besar Amar Singh lawan jenayah komersial...

Datuk Amar Singh Ishar Singh mempunyai misi besar yang perlu digalas di Bukit Aman selepas ini setelah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang baharu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau akan berjumpa dengan Amar Singh dalam masa terdekat untuk menyampaikan amanat dan tugas yang perlu dipikulnya.

“Perjumpaan itu adalah hendak menjelaskan dengan beliau (Amar Singh) mengenai fokus dan perhatian yang perlu diberi terhadap banyak kes siasatan melibatkan komersial. JSJK ini bukan mudah seperti jabatan lain seperti disangka semua.

“Dalam komersial banyak kes kes melibatkan penipuan kewangan bukan sekadar ratus atau ribuan tetapi jutaan ringgit.

“Ini perlu diselesaikan PDRM yang dianggap satu cabaran,” katanya.

Terdahulu beliau hadir pada Majlis Istiadat Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah/Pengerusi Perkep Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pula mengambilalih jawatan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Abd. Manan Mhd. Hassan yang bersara wajib selepas 41 tahun berkhidmat.

Dalam ucapannya Mohamad Fuzi berkata, istiadat serah terima tugas adalah majlis kepimpinan biasa berikutan persaraan wajib pegawai kanan tertinggi sesebuah jabatan PDRM.

Beliau juga mengakui ramai yang bergembira dengan berita pelantikan Amar Singh menerajui JSJK berdasarkan pencapaian cemerlangnya semasa menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Diharap dengan pengalaman, pengetahuan serta kebijaksanaan mengendalikan kes profil tinggi dan kejayaan versatil yang ditunjukkan di Kuala Lumpur akan menyerlah dan mengangkat nama JSJK selepas ini,” katanya lagi.-13/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 859  tetamu dalam talian