19Ogos2018

Menteri Pengangkutan buat 'drama' baru pulak dah....

Berbeza dengan u-turn terbaru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad... Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pula menegaskan kerajaan akan mengkaji semula fasa ke-2 Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikutan kos penambahbaikannya yang tinggi sekitar RM5.9 bilion.

Selain itu, beliau berkata, pelaksanaannya juga mengambil masa lama, iaitu 7 tahun.

“Memang kerajaan baharu tidak setuju dengan kos tersebut. Kita akan bawa balik ke Kabinet untuk dikaji semula dan projek itu dianggarkan mengambil masa 7 tahun.

“Ini sesuatu yang Kementerian Pengangkutan tidak akan bersetuju. Kita tidak boleh ambil masa 7 tahun dan pengguna komuter terpaksa menghadapi kelewatan ini sekiranya projek ini dimulakan,” katanya pada Isnin.

Menurutnya, bersandarkan kos itu, keseluruhan fasa ke-2 projek sepanjang 110km dari Kuala Lumpur ke Klang, Salak Selatan ke Seremban dan Simpang Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Klang menelan kira-kira RM53 juta untuk setiap kilometer.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengkaji semula projek dari segi kaedah mengurangkan kos dan tempoh pelaksanaan.

Sementara itu, Loke berkata, fasa pertama projek KVDT yang dijadualkan siap pada Ogos tahun depan kini berdepan kelewatan 2 bulan daripada jadual.

Fasa pertama projek itu meliputi kerja membaik pulih landasan dengan jarak kira-kira 40km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu dengan kos keseluruhan RM1.4 bilion.

Beliau berkata, kerja menaik taraf landasan berkembar itu menyebabkan tren komuter lewat tiba apabila satu landasan perlu ditutup dan tiada landasan berkembar di sepanjang laluan berkenaan.

“Ini menyebabkan perkhidmatan tren terjejas. Sebelum ini semasa waktu puncak, setiap tren komuter datang dalam kekerapan 15 minit dan bukan waktu puncak ialah 30 minit.

“Tetapi, projek naik taraf ini menyebabkan jadual ditukar, sekarang ini waktu puncak 30 minit dan bukan waktu puncak 60 minit untuk setiap tren.

“Setakat ini, kita cuba perbetulkan keadaan, cuba mempercepatkan tetapi kerana landasan ditutup, kita terpaksa hadapi kelewatan.”

Sempena Ramadan, Loke mengedar 1,000 pek bubur lambuk kepada penumpang kereta api di stesen Sentral Kuala Lumpur dan berbuka puasa bersama anak yatim Pusat Jagaan Suci Rohani serta menyampaikan sumbangan Aidilfitri.-12/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 489  tetamu dalam talian