21Oktober2018

Mata wang asing lama, sijil perkahwinan dalam peti besi...

Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, telah berjaya dibuka dan di dalamnya tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam ini, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

"Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang," katanya.

Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Jurucakap itu seterusnya berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya merupakan sebahagian daripada rumah berkenaan.

"Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi di kediaman peribadi Najib di Taman Duta itu selepas dikatakan kunci tersebut sudah lama hilang.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Penasihat Negara, Tun Daim Zainuddin tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis menyerbu rumah Najib pada waktu malam.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, Najib juga adalah rakyat Malaysia biasa yang perlu diberi layanan yang saksama.

“Layan Najib dengan hormat. Tidak perlu lakukan serbuan pada waktu malam dan dinihari.

“Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan. Itu undang-undang di negara ini,” katanya dalam satu sidang media.

Daim bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang lain termasuk Nurul Izzah mempersoalkan pasukan polis yang menggeledah rumah Najib pada waktu malam sehingga menggangu masa berehat mereka sekeluarga terutama ketika menyambut malam pertama ramadhan.-19/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 588  tetamu dalam talian