14Disember2018

Manifesto PH: 'Madu beracun' kata Presiden MCA

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)  Pakatan Harapan (PH) yang lancarkan baru-baru ini jelas tidak munasabah dan hanya  bersifat populis dengan matlamat memancing undi rakyat.

Sehubungan itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan rakyat untuk   tidak mudah termakan 'madu beracun' yang ditaburkan oleh pembangkang.

"Manifesto Pakatan Harapan hanyalah omogan kosong yang kita lihat janjinya tidak boleh ditepati. Mereka hanya memainkan perasaan rakyat dengan mengadakan pelbagai janji populis jangka pendek dan tidak mempunyai hala tuju dan masa depan.

"Lebih 70 peratus yang mereka janjikan dalam manifesto berkenaan telah pun dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan selebihnya tidak mungkin mereka dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menyertai sukan rakyat Mukim Pelangai di Bentong pada Isnin.

Bercakap mengenai Tiong Lai berkata janji PH untuk menghapuskan GST tidak praktikal kerana ia merupakan sistem percukaian yang lebih efisien berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Pada masa kini GST telah dilaksanakan di lebih 160 negara dan merupakan sistem percukaian yang paling efisien berbanding sistem sebelum ini. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamed hendak kembali semula kepada sistem SST ia merupakan sesuatu yang tidak praktikal.

"Ini kerana semasa kita laksanakan SST dahulu kadar cukai yang dikenakan 10 peratus, namun hasil yang diterima hanya RM17 billion berbanding GST kadar lebih rendah dengan enam peratus tetapi hasil diperoleh hampir RM42 billion.

"Hasil inilah yang digunakan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat antaranya membangunkan pelbagai projek pembangunan mega untuk rakyat termasuk Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Road) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),"katanya.

Beliau turut berharap agar rakyat di negara ini untuk terus memilih kerajaan Barisan Nasional kerana hanya kerajaan yang stabil dan kuat dapat memastikan pembangunan terus dilaksanakan dan kebajikan rakyat terjaga.-13/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 531  tetamu dalam talian