23September2018

Mangsa banjir di Kelantan meningkat 14,317...

Kecuali di Terengganu, jumlah mangsa dipindahkan di Kelantan, Perak dan Perlis terus meningkat.

Portal Bencana Agensi Bencana Negara (NADMA) melaporkan sehingga 4 pagi tadi, 15,386 mangsa dipindahkan di empat negeri.

Kelantan mencatatkan mangsa pemindahan tertinggi dengan 14,317, berbanding 14,260 orang pada 12 tengah malam tadi.

Enam jajahan yang terjejas setakat ini, adalah Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Menurut portal infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang.

Bagaimanapun, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dilaporkan menurun kepada 10.32 meter pada 3 pagi tadi, namun masih melepasi paras bahaya sembilan meter.

Paras air di Sungai Golok di Kuala Jambu terus meningkat kepada 3.71 meter, berbanding paras bahaya 2.50 meter.

Sementara itu, paras air di Sungai Galas di Limau Kasturi juga dilaporkan meningkat kepada 60.19 meter, melebihi paras bahasa 59 meter.

Dalam pada itu, mangsa dipindahkan di Perak pada awal pagi Jumaat juga meningkat kepada 928 orang, berbanding 946 mangsa pada 10 malam tadi.

Dua daerah yang terjejas adalah Manjung dan Batang Padang.

Daerah Manjung paling teruk terjejas dengan lebih 800 mangsa dipindahkan setakat ini, diikuti dengan Batang Padang.

Di Perlis, 92 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan membabitkan 24 keluarga.

Sementara itu, situasi banjir di Terengganu beransur pulih, apabila 26 pusat pemindahan sementara ditutup secara berperingkat sehingga tengah malam tadi.

Setakat ini, hanya 49 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan di dua daerah iaitu Setiu dan Besut.-1/12/2017 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 415  tetamu dalam talian